[6] MAKLUMAN

[STATUS : blog dikemas kini : 30-3-2015]

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.

[Kesemua nota pelajaran telah dimasukkan ke halaman 'NOTA'. Sila klik bar tersebut]


*gambar screenshot






Jika pelajar kurang faham dengan isi pelajaran, sila berjumpa cikgu agar dapat diberikan penerangan sekali lagi. 

Untuk sebarang latihan yang diberikan (contohnya kerja rumah), sekiranya ada perkataan yang tidak kamu fahami, sila rujuk dalam kamus (seperti kamus Bahasa Melayu - Inggeris) atau terus berjumpa cikgu di bilik guru-guru. 

Seboleh-bolehnya sila bawa kamus dwibahasa (Bahasa Melayu - English / English - Bahasa Melayu) ketika berada di sekolah untuk kelas Bahasa Melayu.

[Cg.Linn]

[5] KEPUTUSAN MARKAH TERAKHIR (Ujian SASCAT 1)

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada semua pelajar. Keputusan markah akhir bagi Ujian SASCAT 1 (Bahasa Melayu) Tahun 7 akan cikgu beritahu minggu hadapan. Pengiraan markah akhir tersebut adalah seperti berikut:

Markah Ujian yang pelajar perolehi 
[Kertas ujian mengandungi sebanyak 60 markah] 
Markah yang diambil dari Latihan/Coursework 
[Sebanyak 40 markah]
 = 
MARKAH AKHIR (per 100%)
[Jumlah ini akan dimasukkan ke dalam rekod pelajar]. 

----------------------------------
Keputusan/Result bagi kesemua subjek akan diberikan kepada pelajar pada 21/3/2015 (Sabtu) *Jika tiada sebarang perubahan.

Dikemas kini 13/3/2015, Jumaat
[Cg.Linn]

[4] LATIHAN RINGKASAN DALAM KELAS

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, senaraikan isi-isi penting tentang faedah membaca. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan.

Membaca adalah satu amalan yang terpuji dan patut dijadikan amalan setiap orang. Banyak faedah yang akan diperolehi jika seseorang itu mengisi masa lapangnya dengan membaca. Bahan-bahan bacaan banyak terdapat di negara kita seperti akhbar, majalah, buku dan lain-lain lagi. Di dalamnya termuat pelbagai maklumat mengenai hal-hal yang wujud dan yang berlaku di seluruh dunia. Jadi dengan membacanya pengetahuan kita akan bertambah. Kita dapat mengetahui perihal satu-satu bangsa, istiadat, sejarah, kepercayaan, kebudayaan dan berbagai lagi. Dengan cara ini, persefahaman kita dengan kaum yang lain dapat dijalin dengan baik.

         Di samping menambah pengetahuan, kita juga dapat mengikuti perkembangan dan kejadian yang berlaku di dalam dan luar negeri. Melalui bacaan surat khabar dan majalah kita dapat mengetahui pergolakan yang berlaku di negara lain seperti peperangan, pemogokan, tunjuk perasaan dan lain-lain. Kita dapat membandingkannya dengan negara kita. Dengan itu kita menjadi insaf dan sedar bahawa kita semua sangat beruntung kerana negara kita sentiasa aman dan tidak bergolak.
           
Selain daripada itu, kita juga dapat mengetahui perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain dalam bidang sains dan kita dapat mengetahui hasil ciptaan mereka, dan bagaimana mereka dapat menyelesaikan masalah ekonomi negara. pengetahuan ini mungkin berguna kepada kita. Mana-mana yang sesuai untuk kemajuan dan kesejahteraan negara kita bolehlah kita contohi dan pelajari. 

Sesebuah negara yang rakyatnya banyak membaca akan bangkit menjadi negara yang cepat maju, kerana daripada pembacaan itu mereka sentiasa dapat ilmu-ilmu baru. Dengan ilmu itu dapatlah mereka membuat perubahan ke arah kemajuan dan kejayaan dalam apa jua bidang seperti pelajaran, pembangunan, ekonomi, sosial, kebudayaan dan berbagai lagi. Negara akan beruntung jika mempunyai rakyat yang berilmu pengetahuan lagi progresif. Jadikanlah membaca sebagai suatu amalan hidup. 

--------------------------------------------------------------
CONTOH CARA MENJAWAB:

Baca dan Fahami. Ringkasan perlu berkaitan dengan tajuk, iaitu Faedah Membaca.


1. CARI ISI PENTING DALAM SETIAP PERENGGAN (GARISKAN/BERI NOMBOR) - Dalam setiap perenggan ada 1/2 isi penting sahaja. Selebihnya hanya huraian (contoh).

(1) Membaca adalah satu amalan yang terpuji dan patut dijadikan amalan setiap orang. (2) Banyak faedah yang akan diperolehi jika seseorang itu mengisi masa lapangnya dengan membaca. Bahan-bahan bacaan banyak terdapat di negara kita seperti akhbar, majalah, buku dan lain-lain lagi. Di dalamnya termuat pelbagai maklumat mengenai hal-hal yang wujud dan yang berlaku di seluruh dunia. Jadi dengan membacanya pengetahuan kita akan bertambah. Kita dapat mengetahui perihal satu-satu bangsa, istiadat, sejarah, kepercayaan, kebudayaan dan berbagai lagi. Dengan cara ini, persefahaman kita dengan kaum yang lain dapat dijalin dengan baik.
          
Di samping menambah pengetahuan, (3) kita juga dapat mengikuti perkembangan dan kejadian yang berlaku di dalam dan luar negeri. Melalui bacaan surat khabar dan majalah kita dapat mengetahui pergolakan yang berlaku di negara lain seperti peperangan, pemogokan, tunjuk perasaan dan lain-lain. Kita dapat membandingkannya dengan negara kita. Dengan itu kita menjadi insaf dan sedar bahawa kita semua sangat beruntung kerana negara kita sentiasa aman dan tidak bergolak.           

 Selain daripada itu, (4) kita juga dapat mengetahui perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain dalam bidang sains dan kita dapat mengetahui hasil ciptaan mereka, dan bagaimana mereka dapat menyelesaikan masalah ekonomi negara. Pengetahuan ini mungkin berguna kepada kita. Mana-mana yang sesuai untuk kemajuan dan kesejahteraan negara kita bolehlah kita contohi dan pelajari.  

(5) Sesebuah negara yang rakyatnya banyak membaca akan bangkit menjadi negara yang cepat maju, kerana daripada pembacaan itu mereka sentiasa dapat ilmu-ilmu baru. Dengan ilmu itu dapatlah mereka membuat perubahan ke arah kemajuan dan kejayaan dalam apa jua bidang seperti pelajaran, pembangunan, ekonomi, sosial, kebudayaan dan berbagai lagi. Negara akan beruntung jika mempunyai rakyat yang berilmu pengetahuan lagi progresif. Jadikanlah membaca sebagai suatu amalan hidup. 


----------------------------------------------

2. Setelah mengumpulkan isi-isi penting, TUKARKAN AYAT TERSEBUT KEPADA AYAT/PERKATAAN KAMU SENDIRI. Jangan menyalin sepenuhnya (copy and paste) petikan asal penulis. Gunakan kata seerti/sinonim. Tukar beberapa perkataan sahaja pun okey. Contohnya:

(1) Membaca adalah satu amalan yang terpuji dan patut dijadikan amalan setiap orang.
  • Perkataan 'amalan' --> tukarkan kepada 'tabiat' / 'kebiasaan'
  • Contoh ayat :  Membaca adalah satu tabiat yang terpuji dan patut dijadikan kebiasaan setiap individu.

--------------------------------------------

3. Selesai kamu menukarkan isi-isi tersebut ke dalam ayat kamu sendiri, TULIS RINGKASAN berdasarkan arahan soalan, iaitu menyenaraikan isi-isi penting sahaja (tulis dengan ayat lengkap- dalam bentuk 'main point') .


  1. Membaca adalah satu tabiat yang terpuji dan patut dijadikan kebiasaan setiap individu.
  2. Banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan membaca pelbagai bahan bacaan.
  3. Kita boleh mengetahui pencapaian dan peristiwa yang berlaku di serata tempat....

--------------------------------------------

4. Semak ejaan, tatabahasa dan tanda baca kamu. TIDAK PERLU menulis jumlah patah perkataan di bahagian bawah ringkasan (kerana jawapannya dalam bentuk main points sahaja.)

[3] JADUAL UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 7

Tarikh: 7/3/2015 (Sabtu)
Bahasa Melayu  (1 Jam)
Pukul : 7:45 - 8:45

Setelah kertas ujian diberikan

~Duduk dengan tenang~

~Berdoa dan yakin kamu boleh!~

~Baca keseluruhan kertas soalan~
-Beri perhatian terhadap arahan soalan
- Baca soalan dengan teliti

~Jawab soalan yang senang terlebih dahulu~

~Rancang masa (Bahagikan masa mengikut bilangan soalan)~

~Rancang jawapan~
-Semak jawapan supaya tidak terpesong/terkeluar dari kehendak soalan
-Semak ejaan, tatabahasa dan tanda baca
-Gunakan bahasa/perkataan yang sesuai

~Pastikan tulisan kamu senang dibaca dan kemas~

~Jangan biarkan soalan kosong tanpa jawapan~

~Setelah selesai, semak jawapan kamu sekali lagi~

[2] ULANGKAJI UNTUK UJIAN TOPIKAL PERTAMA (EXAM POINTERS)

SASCAT BAHASA MELAYU
TAHUN 7

MASA: SATU JAM


Arahan

1. Kertas ujian ini mengandungi 4 bahagian (bahagian A, B, C, dan D) dan kamu dikehendaki untuk MENJAWAB KESEMUA BAHAGIAN.

2. Markah keseluruhan bagi kertas ini ialah 60 markah.

3. Baca soalan dengan teliti sebelum memberikan jawapan. (Pelajar dilarang bercakap-cakap/ meninggalkan tempat duduk sewaktu ujian sedang dijalankan. Peraturan lainnya akan diterangkan sebelum kertas ujian diberikan).

4. Tulis jawapan dengan menggunakan pen hitam atau biru yang dibenarkan sahaja.

5. Jika sudah selesai, jangan lupa untuk menyemak jawapan kamu.

-------------------------------------------------------------------------

 BAHAGIAN A - KEFAHAMAN

 BAHAGIAN B - RINGKASAN
- Menyenaraikan isi-isi penting dari petikan yang disediakan.
Contoh : Dengan berpandukan petikan teks di atas, senaraikan isi-isi penting yang ada dalam petikan.

Cara menjawab: (gunakan ayat lengkap : dalam bentuk points).
1. __________________________________________
2. __________________________________________
3. __________________________________________
4. __________________________________________

 BAHAGIAN C - TATABAHASA
- Ulangkaji tajuk Tatabahasa yang telah dipelajari. Contohnya Kata ganti nama, kata adjektif, kata sendi, kata kerja (transitif & tak transitif).

 BAHAGIAN D - PENGETAHUAN BAHASA
- Ulangkaji Pengetahuan Bahasa yang telah dipelajari. Contohnya Simpulan bahasa 'langkah kanan', 'berat tulang', 'seperti ikan pulang ke lubuk' dan sebagainya.
(Sebahagian soalan ada disediakan jawapan dalam kotak untuk kamu membuat pilihan).

---------------------------------------------------------------------------

Untuk ujian ini, Tidak ada karangan, Tidak ada surat kiriman, dan Tidak ada rumusan *Tertakluk kepada sebarang perubahan.


Jika pelajar tidak mempunyai nota-nota tertentu (disebabkan tidak hadir ke sekolah atau hal lainnya), sila semak entri sebelum ini. Link untuk memuat turun nota berkenaan ada disediakan. Selamat mengulang kaji.

[Cg.Linn]